Tuesday, January 13, 2015

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

Assalammualaikum w.b.t ...





Jom ikut Segmen Jalan-Jalan Utk Tambah Kenalan anjuran Ema Hasan






1st Segmen Blogwalking 2015 by Mai Atiqah



Join Segmen jom..
Support kawan new born macam aku ni..
Mana tahu nanti aku pulak yg buat..
Semoga tercapai ye..cita-cita di tahun baru ni..hihihi~

Dah berapa hari tak up date blog..
mcm mn la orang nak dtg melawat kita..huwaa..:p

Sekian..=)

Wednesday, January 07, 2015

Taman Buaya Telok Sengat, Kota Tinggi..

Salam ♥

Ni nak cerita tentang tahun lepas punya kejadian..hahaha..lama tak?
Cuti Krismas haritu kitorg g round2 Kota Tinggi..ewah2.. balik kampung aku sebenarnye..
Ade jemputan kenduri kawen..drpd tak ke mana2, tunaikan la jemputan tu..
Lepas habis, ade permintaan plk dorg nak ke Sarang Buaya dkt Telok Sengat.
Haa..dah bertahun-tahun kampung kat situ tp tak pernah pon jejak ke sana..
Jd balik jemputan awal, terus la gerak ke sana beramai-ramai.. --',

Sesiapa yang nak dtg sini, bayaran tiket yang dikenakan Rm8.00 sekali masuk utk dewasa..kanak-kanak atas 2 tahun kena bayar..bawah 2 tahun FREE ye...
tp aku tak ingat la berapa ringgit...T_T
maaf la ye..sebab masa ktorg pergi tak bawak budak atas 2 tahun..semua masih di bawah 2 tahun..hihihi..


Selamat Datang ke Taman Buaya...
First sekali mesti la letak muka tuan rumah kannn... ^_^
Ambik gambo jauh2 sikit yee..karang kene ngapp...hisyy..takot..




Ni buaya2 tgh bersantai2...hmm...banyak kann..



Haa..dlm kolam ni aku paling takut sekali..
tak tau la berapa ratus ekor ada dlm tu..
Yang 2 ekor kat atas tu tgh ambik angin kot..hahaha...
Berenang-renangan kalian yee buaya2 sekalian..



Kasi close- up sikit..
Sebenarnya tempat dia tak la bahaya sgt, cuma kita kena pastikan kalau bwk anak2 pegang btl2...
sebab buaya kan boleh melompat..
Aku mmg tak bagi suami aku dokong Aeril dekat2 sgt dengan kolam tu..seramm wei..sebab tempat tu tinggi.Jadinya kita akan tunduk utk tgk buaya2 tu..
Tapi Aeril mmg suka la..tercengang-cengang dia tgk buaya2 tu melompat.hihi~




Yang ni beliau duduk sekor je dlm kolam tu..
Umur buaya ni dah lebih 155 tahun..haa..tua kann.hehe..
Sampai org yang jage tu cakap dia dah takde gigi pon..T_T
Ye ke...aku pon tak tahu la..hahaha..tp still bahaya la kan..
Ade 2 ekor kalau tak silap aku la yg sebaya dgn buaya ni..dia asingkan tempat tinggal..

Jadi, sesiapa yang rasa nak bawak anak2 g tgk buaya dtg la sini yee..
In Shaa Allah berbaloi la..tgk real2.mesti budak2 suka..


Sekian cerita tahun lepas..
Cerita tahun baru nanti aku up-date lagi..
Ok, babai..
XOXO





Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya Tirai 2014..

Assalamualaikum w.b.t...

Beberapa jam sahaja lagi 2014 akan melabuhkan tirai memori..
Dan akan berakhir juga semua kisah suka dan duka sepanjang tahun ini..yang manis akan jadi kenangan terindah, yang duka akan dijadikan pengajaran dan memori yang tidak akan lenyap dari kotak fikiran kita semua.. 

Satu tempoh perjalanan yang panjang..
Tahun 2014 ini juga aku bergelar seorang ibu...Alhamdulillah...

Tahun 2014 juga menjadi detik bersejarah dlm negara kita apabila pelbagai kisah dan tragedi yang boleh dikatakan  memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.. Sama-sama kita doakan semoga semua mangsa-mangsa yang terlibat dgn tragedi yang berlaku sepanjang tahun 2014 ini akan tabah mengharungi ujian dan dugaan yang diberi oleh-Nya... Bersama kita ambil iktibar atas apa yang berlaku.
Sesungguhnya itu adalah ujian dari-Nya....

Dan, dengan berakhirnya tahun 2014, tersimpanlah satu kotak memori untuk kita jadikan kekuatan menempuhi 2015 yang akan menjengah beberapa jam lagi..

Lipatan sejarah 2014 juga bukan bererti kita melupakan segala kenangan yang dilalui sepanjang tempoh itu.

Untuk diri aku sendiri, apa yg aku harapkan semoga 2015 akan menjadi lebih baik dari tahun ini.. Muhasabah diri untuk jadi yang terbaik.. In Shaa Allah..
Semoga perjalanan hidupku diredhai oleh-Nya..Amin..



Selamat Datang 2015.......










Tuesday, December 30, 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH....

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Nama Blog : My Sweet Blog.Seindah Impian..seSWEET Senyuman
Email : honeyz868710@gmail.com

Dunia Blogging.. Sebenarnya aku terlibat dengan blog ni BARUUU SGT2 sebab suka tgk orang lain share tips-tips dan kisah hidup dorg dlm diari online ni.. Dah lama dah aku start baca blog. Tp baru-baru ni plk rasa mcm nak jgk ada blog utk share pengalaman n bertukar-tukar pendapat. 

Maka aku sgt la berharap dgn mengikuti segmen ni dapatla aku lebih mengenali ramai kawan dlm dunia blog ni dgn lebih meluas... ^_^ 
Sebab sekarang ni follower pon baru sorg..hahaha...beru nak bertapak..--",

Hope lepas ni sambil dapat kawan dapat jgk aku buat sideincome..boleh kannn...hihi~


Ok..sekian sahaja utk hari ini..
Babai..

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama Cikgu Ayu

Jom Join Contest !
Contest ni daripada pemilik blog Ayu Insyirah ..^_^


Bye..hihi ~

Banjir Di Pantai Timur.. #prayforpantaitimur

Assalamualaikum w.b.t...

Pertama sekali, utk semua mangsa banjir di negeri yang terlibat, aku doakan semoga mereka tabah menghadapi ujian banjir kali ini.. terlalu sedih bila terpampang di tv dan surat khabar keadaan yang dihadapi mereka ketika ini..

Walaupun tiada saudara mara aku yang terlibat dengan musibah ini, tapi terasa sgt2 kesedihan mereka.. berlinangan mata ni bila melihat dan fikir bagaimana mereka akan memulakan semula kehidupan selepas semua harta-benda dihanyutkan air banjir.. Allahuakbar..tak dpt aku gambarkan bagaimana keadaan mereka.. :'(

Apa yg boleh kami buat adalah berdoa semoga keadaan akan kembali reda dan semoga Allah berikan kekuatan kepada mangsa-mangsa banjir ini agar dapat menghadapi segala musibah ini dengan sabar dan redha....

Amin Ya Rabbal Alamin...