Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya Tirai 2014..

Assalamualaikum w.b.t...

Beberapa jam sahaja lagi 2014 akan melabuhkan tirai memori..
Dan akan berakhir juga semua kisah suka dan duka sepanjang tahun ini..yang manis akan jadi kenangan terindah, yang duka akan dijadikan pengajaran dan memori yang tidak akan lenyap dari kotak fikiran kita semua.. 

Satu tempoh perjalanan yang panjang..
Tahun 2014 ini juga aku bergelar seorang ibu...Alhamdulillah...

Tahun 2014 juga menjadi detik bersejarah dlm negara kita apabila pelbagai kisah dan tragedi yang boleh dikatakan  memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.. Sama-sama kita doakan semoga semua mangsa-mangsa yang terlibat dgn tragedi yang berlaku sepanjang tahun 2014 ini akan tabah mengharungi ujian dan dugaan yang diberi oleh-Nya... Bersama kita ambil iktibar atas apa yang berlaku.
Sesungguhnya itu adalah ujian dari-Nya....

Dan, dengan berakhirnya tahun 2014, tersimpanlah satu kotak memori untuk kita jadikan kekuatan menempuhi 2015 yang akan menjengah beberapa jam lagi..

Lipatan sejarah 2014 juga bukan bererti kita melupakan segala kenangan yang dilalui sepanjang tempoh itu.

Untuk diri aku sendiri, apa yg aku harapkan semoga 2015 akan menjadi lebih baik dari tahun ini.. Muhasabah diri untuk jadi yang terbaik.. In Shaa Allah..
Semoga perjalanan hidupku diredhai oleh-Nya..Amin..



Selamat Datang 2015.......










Tuesday, December 30, 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH....

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Nama Blog : My Sweet Blog.Seindah Impian..seSWEET Senyuman
Email : honeyz868710@gmail.com

Dunia Blogging.. Sebenarnya aku terlibat dengan blog ni BARUUU SGT2 sebab suka tgk orang lain share tips-tips dan kisah hidup dorg dlm diari online ni.. Dah lama dah aku start baca blog. Tp baru-baru ni plk rasa mcm nak jgk ada blog utk share pengalaman n bertukar-tukar pendapat. 

Maka aku sgt la berharap dgn mengikuti segmen ni dapatla aku lebih mengenali ramai kawan dlm dunia blog ni dgn lebih meluas... ^_^ 
Sebab sekarang ni follower pon baru sorg..hahaha...beru nak bertapak..--",

Hope lepas ni sambil dapat kawan dapat jgk aku buat sideincome..boleh kannn...hihi~


Ok..sekian sahaja utk hari ini..
Babai..

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama Cikgu Ayu

Jom Join Contest !
Contest ni daripada pemilik blog Ayu Insyirah ..^_^


Bye..hihi ~

Banjir Di Pantai Timur.. #prayforpantaitimur

Assalamualaikum w.b.t...

Pertama sekali, utk semua mangsa banjir di negeri yang terlibat, aku doakan semoga mereka tabah menghadapi ujian banjir kali ini.. terlalu sedih bila terpampang di tv dan surat khabar keadaan yang dihadapi mereka ketika ini..

Walaupun tiada saudara mara aku yang terlibat dengan musibah ini, tapi terasa sgt2 kesedihan mereka.. berlinangan mata ni bila melihat dan fikir bagaimana mereka akan memulakan semula kehidupan selepas semua harta-benda dihanyutkan air banjir.. Allahuakbar..tak dpt aku gambarkan bagaimana keadaan mereka.. :'(

Apa yg boleh kami buat adalah berdoa semoga keadaan akan kembali reda dan semoga Allah berikan kekuatan kepada mangsa-mangsa banjir ini agar dapat menghadapi segala musibah ini dengan sabar dan redha....

Amin Ya Rabbal Alamin...















Wednesday, December 24, 2014

Jalan-jalan di Cameron Highlands.. # Day 2

Salam..

Hmm..smlm kite citer pasal first day kat Cameron.
So hari ni layan pic utk hari kedua ktorg kat sane..



Ni kat Agro Farm..tempat tanaman stoberi..
tp..kt dlm ladang tu tak boleh masuk..just tempat mkn2 jek  >_<
Tapi masa pegi dulu ktorg dah pernah petik stoberi, jd takpe la..hehehe..
bergambo jek la..



Ni kat Mardi..best jgk kat sini.
Tempatnye cantik2.. Kawasan dia besar..puas jgk la berjalan sambil dukong budak ni..
Hehehe.. aku gilir2 dgn suami dukong dia..



Aku n family..gegulzzz semua..


With my sista..


Peace from us..hehehe


Cantik tempat ni..


Ladang teaa...


Kat ladang teh ni kitorg just round naik kereta jekk..
tak larat nak jalan sebab bertingkek-tingkek..^______^


All man n boboys..hahaha..
Ni abg2 aku, suami aku n sepupu2 aku..
Boleh masuk hero remaja tak..hahaha


Love this..!!!
Strawberry + Coklat

Cameron..miss this place..
Nak dtg lagi..Argggh...hehehe...

Sekian.Babai...
XOXO



Tuesday, December 23, 2014

Jalan-jalan di Cameron Highlands.. # Day 1

Assalammualaikum w.b.t ....

Hai.. harini nak share citer pada minggu lepas..
Aku n family g naik Cameron Highlands..
Jalan-jalan bulan Disember..hehehe..
Sebenarnya tahun lepas pon kitorg g sana jgk..
yang aku masukkan entry baru-baru ni kannn.
Tapi mase tu kitorg just singgah jek, tak tido pon.
So kali ni nak merasai kesejukan tido kat Cameron..--"
Ktorg tido 2 malam kat sane..


Ni budak kecik yg suke jalan..
Mase ni baru sampai..suka kemain dia..


Masa ni dlm bilik.. nak jgk bergambar..hehehe..


Pemandangan dari apartment..
Kitorg stay kat Puncak Arabella..
Mmg sejuk yg teramat sgt la..
Kt sane rumah dorg mmg tak pakai kipas or aircond langsung..
Tp sejuknya Ya Allah..nyaman jek rase..
Sebab tu anak aku suka kot..hahaha..


Bergambar dgn sepupu2..
Cian Aeril, dia sorg je hero..yg lain heroin..hahaha..xpe la nakk..


Sempat snap dlm rumah..cantik gak apartment yg kitorg stay ni.


My Heroes...


Masa ni baru malam pertama kitorg kat cameron,
so tak dapat jalan byk tempat coz sampai pon dah ptg..
Masa ni kat pasar malam kat Tanah Rata.
Mmg mcm nak beku la jalan kat sana mlm2..
Bestt la...hihihi..
Ok, next entry aku masukkan utk second day kat Cameron..


Bye.. ^_____^






Monday, December 22, 2014

My Lovely......

Salam...

Ok..ni kali aku nak masukkan entry pasal my lovely son..
MUHAMMAD AERIL HARRIZ BIN MOHD YAZID..
Hmm..sekarang ni dah pon masuk 9 bulan umur die..
Aku tak pernah masukkan lagi pic anak kesayangan aku ni..
Ni la dia ..


Ni masa umur dia 2 hari..


Yang ni dah 2 minggu lebih..





Hmm..botakkan saya..hehehe.. ^_____^


Love u sooo much sayang..semoga membesar dgn sihat n jadi anak yang soleh.
In Shaa Allah..Aminn....


Wednesday, December 10, 2014

Family Trip to Langkawi..♥

Salam..

Harini nk bukak semula citer throwback pasal family trip aku ke Langkawi pd bln Disember 2013..
Mase ni aku tgh prgnant dlm 6 bln lebih..
Dah hlg mabuk2 mase ni..tu yg nak ikut jgk..^__^


Welcome to Langkawi...


Ni pintu masuk nak naik ke tempat cable car..


With my sister..mak buyong bergambo dulu sebelum g beli tiket..--"


Kereta kuda ni pon ade kt dlm dataran area cable car tu..sebelum naik kitorg round2 dulu..
Tp pakcik yg dlm kete kuda tu takde kaitan kekeluargaan dgn aku..tehehee...
Nak amik pic kuda tu jek..


With En. Suami..^___^ 
Mase ni kitorg dah kt atas puncak perhentian pertama.
Mase dlm cable car pic nye tak berape nak terang utk masukkn dlm ni..
Yang lg heaven, aku tak nampak pon ada org yg pregnant naik cable car ni..hahaha
Dah eksaited sgt nak naik..tp rasenye tak kisah kot..sebab takde bgtau pon PREGNANT DILARANG NAIK..hehehe...Alhamdulillah selamat..takut jgk sebenarnye.. >__<


Ohh. Ni pic family aku..Mase ni kitorg nak beratur tunggu turn utk naik cable car tu..
Diorg offer utk amik pic..tp terpulang la kalau nk beli boleh..tak nak beli pon takpe.
Tp ktorg beli jgk laa..utk buat kenang-kenangan....
Ktorg kt langkawi cume 2 hari jek. 
Stay kt chalet area Pantai Chenang..best laa...
Mase on the way balik kitorg  singgah Cameron Highlands.
tp x tido pon.just singgah sebentar kt ladang stoberi..




Cameron Highland..Ni ladang stoberi yg ktorg singgah..
Royal Berry...



Dkt ladang stoberi..tp stoberi x banyak mase ni..sebab ktorg sampai dah petang..
Dpt la sikit2 jek..buat hilang ngidam mase tu..hehehe..
psst ..abaikan selipar aku tu..malas nak sarung kasut dah..^___^


Lepas petik stoberi ddk lepak2 makan plk..
dia ade sediakan tempat utk makan..masak megi pon blh..
Sejuk kan..dpt makan megi panas-panas best jek...
Hahaha...cm tak pernah makan megi jek..

ok..sekian utk citer jln2 ktorg..
Nanti g jalan lg..
Hehehe..



Monday, December 08, 2014

Tips Naikkan Paras Hemoglobin (Hb) Dalam Darah Semasa Hamil...

Salam..

Ni entri tips untuk para ibu semasa hamil..
aku dulu mase pregnant stress setiap kali kene tegur pasal ni.
bila g check naik sikit hb pon rase mcm dah berjaya sgt la teww..hehehe...--",
Ni la sikit2 aku kongsikan beberapa tips utk diamalkan..
Semoga berjaya la jgk walaupon naik nye sikit jee...
In Shaa Allah la membantu..


  • Tips 1 :

--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

  • Tips 2 :

--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

  • Tips 3 :

--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

  • Tips 4 :

--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)


PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.


APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2 (palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

Nauzubillahiminzalik..semoga selamat semua ye..



Terima kasih sudi singgah ^__^


Thursday, December 04, 2014

# Throwback Majlis Kawen - Part 2

Salam..

Haritu aku dah masukkan pic2 mase majlis sebelah aku..
Ni pulak pic mase majlis sebelah suami..
Sebelah suami kitorang pilih warne merah..
Jom..


Haaa... merahh x kitorang..ngehh --",



Macam romantik jek cium2 bunga kannn..


okey..yg ni plk pic utk outdoor.
Kitorang just buat outdoor mase majlis sebelah lelaki shj..
Sebabnye..lepas majlis sebelah aku hujan turun dgn lebatnye :'
Jd tak dpt nak buat outdoor..
Takpe lah..hujan rahmat tuu..hehe..







Location mase outdoor ni kat Cahaya Baru, Masai..
i kan Johorean..
hehehe.

Ok la..sekian shj gambo mase kawen.
Semoga berkekalan hingga akhir hayat...
Aminnn Ya Rabbal Alamin.


Okbai.
Jumpe lagi..--'