Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya Tirai 2014..

Assalamualaikum w.b.t...

Beberapa jam sahaja lagi 2014 akan melabuhkan tirai memori..
Dan akan berakhir juga semua kisah suka dan duka sepanjang tahun ini..yang manis akan jadi kenangan terindah, yang duka akan dijadikan pengajaran dan memori yang tidak akan lenyap dari kotak fikiran kita semua.. 

Satu tempoh perjalanan yang panjang..
Tahun 2014 ini juga aku bergelar seorang ibu...Alhamdulillah...

Tahun 2014 juga menjadi detik bersejarah dlm negara kita apabila pelbagai kisah dan tragedi yang boleh dikatakan  memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.. Sama-sama kita doakan semoga semua mangsa-mangsa yang terlibat dgn tragedi yang berlaku sepanjang tahun 2014 ini akan tabah mengharungi ujian dan dugaan yang diberi oleh-Nya... Bersama kita ambil iktibar atas apa yang berlaku.
Sesungguhnya itu adalah ujian dari-Nya....

Dan, dengan berakhirnya tahun 2014, tersimpanlah satu kotak memori untuk kita jadikan kekuatan menempuhi 2015 yang akan menjengah beberapa jam lagi..

Lipatan sejarah 2014 juga bukan bererti kita melupakan segala kenangan yang dilalui sepanjang tempoh itu.

Untuk diri aku sendiri, apa yg aku harapkan semoga 2015 akan menjadi lebih baik dari tahun ini.. Muhasabah diri untuk jadi yang terbaik.. In Shaa Allah..
Semoga perjalanan hidupku diredhai oleh-Nya..Amin..



Selamat Datang 2015.......