Salam..
Ni entri tips untuk para ibu semasa hamil..
aku dulu mase pregnant stress setiap kali kene tegur pasal ni.
bila g check naik sikit hb pon rase mcm dah berjaya sgt la teww..hehehe...--",
Ni la sikit2 aku kongsikan beberapa tips utk diamalkan..
Semoga berjaya la jgk walaupon naik nye sikit jee...
In Shaa Allah la membantu..
- Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau
masak mengikut kesukaan
- Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh
juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb
- Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu
bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan
bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..
- Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg.
teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun
xnaik)
PESANAN :
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2,
insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan
pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam
diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan
oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga
mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau
kelesuan yang melampau.
APA KEPENTINGAN
HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting untuk
perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.
1. Kandungan kurang
dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi
sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala,
tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika
darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna,
bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi
mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi
sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi,
mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan
(20-28minggu)
Ketika ini bayi kita
telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika
Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi
boleh mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan
ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah
sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan
darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak
kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan
tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi
mungkin selamat dilahirkan.
Itu semua masalah untuk
bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??
Jika Hb kurang, ibu
akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa
nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2 (palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada
kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada
kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.
Nauzubillahiminzalik..semoga selamat semua ye..
Terima kasih sudi singgah ^__^